Yang paling aku rindu buah hati yang ditinggalkan jauh.. Tak plan pun nak tinggalkan.. Tapi nak buat camne kan.. Cian kat dia kena tinggal.. Bukan saje-saje nak tinggal tapi terpaksa ditinggalkan.. Tak lama lagi i balik jumpa u ye.. Hardly can't wait to see u..Sunday, August 03, 2008
Rindu....
Yang paling aku rindu buah hati yang ditinggalkan jauh.. Tak plan pun nak tinggalkan.. Tapi nak buat camne kan.. Cian kat dia kena tinggal.. Bukan saje-saje nak tinggal tapi terpaksa ditinggalkan.. Tak lama lagi i balik jumpa u ye.. Hardly can't wait to see u..Posted by Shahizal at 11:51 PM 1 comments
Monday, July 14, 2008
Berpijak Aku Di Bumi Cina
China dulu banyak berbeza dengan China sekarang.. Tambahan pulak China nak jadi host Olimpic ni.. Tapi yang tetap sama adalah orang cina tu sendiri.. Dari sudut kerajinan dan ketekunan memang dia orang ni hebat.. Kalau polis atau tentera dia buat rondaan kat Airport tu dia orang jalan sebaris.. Jalan bukan melenggang macam kita tapi berkawat.. Kagum jugak aku..
Program ni turut disertai Negara Brunei, Indonesia dan Singapura.. Program ni berlangsung dua bulan.. Lama tu.. Kesian kat cayang aku yang aku tinggalkan.. Bukan sengaja nak tinggal.. Tapi terpaksa demi kepentingan tugas dan negara..
Keseluruhannya ada 34 orang peserta.. Dari Malaysia ada 7 orang.. Sepatutnya 10 tapi ada yang tak dapat datang sebab ada masalah-masalah tertentu.. Delegates Malaysia ni terdiri dari 3 orang pegawai JPA, sorang MECD dan 3 orang KBS.. So far kat sini ok je.. Makan senang sebab institut ni sediakan makanan halal.. Restoran cina muslim pun ada dekat-dekat sini.. Susah sikit komunikasi.. Dia orang guna manderin.. Aku pulak paham sesikit kantonis.. Tapi sekarang ni tengah belajar la.. Banyak lagi nak tulis ni.. Nanti sambung.. Adios..
Posted by Shahizal at 11:07 PM 0 comments
Tuesday, April 08, 2008
Selamat Berbahgia Marini & Firdaus
Tahniah buat sepupu aku Marini yang dah selamat jadi isteri kepada Firdaus.. (jaga adik aku ni bebaik firdaus..). Tahniah juga kepada Cu dan Mak Su kerana semuanya dah selesai.. Tamat la cerita anak dara dia orang ni..
Sekarang ni aku la yang berada di ranking paling atas dalam carta bakal pengantin.. Siapa pengantin perempuannya?? Tungguuuu....
Posted by Shahizal at 6:39 PM 0 comments
Wednesday, March 05, 2008
Thursday, February 14, 2008
Antara Kasih Dan Kasihan
Banyak sebab manusia boleh bercinta.. Ada yang sebab kasih ada juga yang sebab kasihan.. Tengok case by case la kan.. Kasih dan kasihan ni tak banyak berbeza.. Antara kasih dan kasihan ada garis halus yang memisahkan.. Biasanya orang akan berkasih, jarang yang berkasihan.. Beza kasih dan kasihan ni susah nak nampak.. Biasanya orang boleh berkasih sebab kasihan tapi tak ramai yang kasihan sebab berkasih.. Faham tak ni?? Pada aku ni lai kasih itu lebih tinggi dari kasihan.. Aku hidup dalam kasih bukan atas kasihan.. Kasih itu lebih besar dari kasihan.. Kasih itu lebih dalam maknanya dari kasihan..Posted by Shahizal at 8:03 PM 0 comments
Sunday, January 27, 2008
Mencari Mahsuri...
Rezeki aku tahun ni nampaknya mewah sikit.. Ke langkawi aku bulan ni.. Ada banyak nak cerita.. Tapi gambar tak sempat nak download.. Shopping pun best jugak.. Lagi best sebab boss aku yang pegi langkawi sama tu orang langkawi..Bila dah ada kat langkawi, mesti la yang paling glamour Mahsuri.. Jalan Mahsuri, Taman Mahsuri, dan Sekolah Mahsuri.. Aku pulak tengok-tengok la keliling aku kot-kot ada keturunan mahsuri yang cun-cun.. Boleh jugak peeweet sikit-sikit..
Tapi nak buat camne.. Ada tu memang la ada tapi segan pulak aku ngan boss aku.. Haha.. Aku kagun dengan mahsuri.. Sanggup kena bunuh sebab taat kat suami.. Ada ke lagi pompuan cam Mahsuri zaman sekarang ni??
Aku rasa ada.. Biarlah aku cari Mahsuri aku sampai dapat.. InsyaAllah...
Posted by Shahizal at 10:36 PM 0 comments
Monday, January 21, 2008
Gossip..
Gossip ni cakap orang putihnya.. Kalau dalam bahasa melayu yang halus dipanggil mengumpat.. Biasa la sifat manusia ni ingin mengisahkan dan dikisahkan.. Tapi yang jadi masalah bila benda yang diumpatkan tu bertujuan mencari aib orang lain dan lebih teruk kalau ditokok tambah.. Gossip ni bukan sahaja memakan masa bekerja yang banyak tetapi boleh juga merenggangkan hubungan antara kakitangan..Kenapa manusia suka bergosip? Jawapannya mudah je.. Manusia ni memang dilahirkan dengan akal dan nafsu.. Kita mana boleh tengok orang lain lebih sikit, berada sikit dan senang sikit.. Kita mesti cari jalan untuk melingkupkan orang tu..
Tak salah bergosip, tapi kan lagi bagus kalau kita mengisahkan kejayaan seseorang tu..
Posted by Shahizal at 10:35 PM 0 comments
I Love Monday...
Isnin, Monday atau lebih halus lagi dikenali sebagai Senayan.. Setengah orang tak suka hari isnin ni.. Tapi teman suke bebeno.. Sebabnya tak le teman menung je kat rumah ni.. Ari ni ada taklimat penggubalan soalan lagi.. Tapi kat opis je.. Relax la sikit.. Dah seminggu dah teman tak masuk opis.. Betih teman ni pun dah lenguh beno rasanya sebab banyak bediri dan bejalan.. Tapi nak buat camne kan.. Masa interview dulu teman dan janji kalau dapat jadi PTD ni teman nak keje Kerana Agama, Demi Bangsa dan Untuk Negara.. Posted by Shahizal at 12:18 AM 0 comments
Thursday, January 17, 2008
Kalau Roboh Kota Melaka.. Papan Di Jawa Hamba Dirikan
Pantun orang dolu-dolu.. Kalau Roboh Kota Melaka.. Papan Di Jawa Hamba Dirikan.. Kalau Sungguh Bagai Dikata.. Nyawa Dan Badan Hamba Serahkan.. Kira Melaka ni memang glamor la.. Sampai boleh masuk dalam pantun.. Pantun jiwang pulak tu..

Malam ni aku akan berangkat ke Melaka.. Sorang-sorang pulak tu.. Boss aku ada keje esok kat Mindef.. Mati kutu jugak aku ni sebab kutu-kutu yang ada kat opis ni tak nak teman aku.. Melaka tak nak pegi tapi Langkawi nak saje..
Malam ni ikut plan aku tidor kat Hotel Orkid.. Aku pun tak penah sampai lagi hotel ni.. Orang dah kasi bilik tu tidor je la kan.. Jangan banyak cerita.. Actually semua hotel dalam Malaysia ni ok.. Kalau tak ok dia tak panggil Hotel.. Dia panggil rumah tumpangan..
Emm.. Nak gi makan jap dgn kutu-kutu kesayangan aku tu.. pas tu gerak gi Melaka..
Posted by Shahizal at 5:43 PM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)



