Sunday, January 27, 2008

Mencari Mahsuri...

Rezeki aku tahun ni nampaknya mewah sikit.. Ke langkawi aku bulan ni.. Ada banyak nak cerita.. Tapi gambar tak sempat nak download.. Shopping pun best jugak.. Lagi best sebab boss aku yang pegi langkawi sama tu orang langkawi..
Bila dah ada kat langkawi, mesti la yang paling glamour Mahsuri.. Jalan Mahsuri, Taman Mahsuri, dan Sekolah Mahsuri.. Aku pulak tengok-tengok la keliling aku kot-kot ada keturunan mahsuri yang cun-cun.. Boleh jugak peeweet sikit-sikit..
Tapi nak buat camne.. Ada tu memang la ada tapi segan pulak aku ngan boss aku.. Haha.. Aku kagun dengan mahsuri.. Sanggup kena bunuh sebab taat kat suami.. Ada ke lagi pompuan cam Mahsuri zaman sekarang ni??
Aku rasa ada.. Biarlah aku cari Mahsuri aku sampai dapat.. InsyaAllah...

Monday, January 21, 2008

Gossip..

Gossip ni cakap orang putihnya.. Kalau dalam bahasa melayu yang halus dipanggil mengumpat.. Biasa la sifat manusia ni ingin mengisahkan dan dikisahkan.. Tapi yang jadi masalah bila benda yang diumpatkan tu bertujuan mencari aib orang lain dan lebih teruk kalau ditokok tambah.. Gossip ni bukan sahaja memakan masa bekerja yang banyak tetapi boleh juga merenggangkan hubungan antara kakitangan..
Kenapa manusia suka bergosip? Jawapannya mudah je.. Manusia ni memang dilahirkan dengan akal dan nafsu.. Kita mana boleh tengok orang lain lebih sikit, berada sikit dan senang sikit.. Kita mesti cari jalan untuk melingkupkan orang tu..
Tak salah bergosip, tapi kan lagi bagus kalau kita mengisahkan kejayaan seseorang tu..

Beautiful Smile




Manisnya senyuman dia ni.. Rasa-rasa kat Malaysia ni ada tak yang rupa cam dia ni?

I Love Monday...

Isnin, Monday atau lebih halus lagi dikenali sebagai Senayan.. Setengah orang tak suka hari isnin ni.. Tapi teman suke bebeno.. Sebabnya tak le teman menung je kat rumah ni.. Ari ni ada taklimat penggubalan soalan lagi.. Tapi kat opis je.. Relax la sikit.. Dah seminggu dah teman tak masuk opis.. Betih teman ni pun dah lenguh beno rasanya sebab banyak bediri dan bejalan.. Tapi nak buat camne kan.. Masa interview dulu teman dan janji kalau dapat jadi PTD ni teman nak keje Kerana Agama, Demi Bangsa dan Untuk Negara..

Thursday, January 17, 2008

Kalau Roboh Kota Melaka.. Papan Di Jawa Hamba Dirikan

Pantun orang dolu-dolu.. Kalau Roboh Kota Melaka.. Papan Di Jawa Hamba Dirikan.. Kalau Sungguh Bagai Dikata.. Nyawa Dan Badan Hamba Serahkan.. Kira Melaka ni memang glamor la.. Sampai boleh masuk dalam pantun.. Pantun jiwang pulak tu..
Malam ni aku akan berangkat ke Melaka.. Sorang-sorang pulak tu.. Boss aku ada keje esok kat Mindef.. Mati kutu jugak aku ni sebab kutu-kutu yang ada kat opis ni tak nak teman aku.. Melaka tak nak pegi tapi Langkawi nak saje..
Malam ni ikut plan aku tidor kat Hotel Orkid.. Aku pun tak penah sampai lagi hotel ni.. Orang dah kasi bilik tu tidor je la kan.. Jangan banyak cerita.. Actually semua hotel dalam Malaysia ni ok.. Kalau tak ok dia tak panggil Hotel.. Dia panggil rumah tumpangan..
Emm.. Nak gi makan jap dgn kutu-kutu kesayangan aku tu.. pas tu gerak gi Melaka..

Bulan Madu Diawan Biru..

Sampai jugak aku kat rumah ni.. Waaa... Penat.. Sok malam nak gi Melaka pulak.. Hahaha.. I love my job.. Walaupun penat tapi puas hati tolong orang.. At least penggubal-penggubal PTK akan jadi lebih power dan takde lagi jiwa-jiwa yang terluka..
Perjalanan pulang aku dari Penang tak lain tak bukan menggunakan perkhidmatan penerbangan yang terulung di Malaysia ni.. Tentu lah Malaysia Airlines.. Tapi sekejap je la pulak.. Lebih kurang satu jam dah sampai.. Nak peeweet awek MAS tu pun tak sempat.. Lagi tak best sebab aku dok kat kepak kapal terebang tu.. Apa yang nampak.. Enjin dia boleh la.. Haha.. Tiap kali aku naik kepal terebang mesti dok kat sayap.. tak pun duduk kat pintu kecemasan..
Walau bagaimana pun sempat la jugak aku tangkap gambar awan dua tiga keping.. Tak sempat la pulak nak upload.. Nanti la bila senang aku upload.. Ngantuk bebeno teman ni rasanye.. Tido dulu ye.. :)

Wednesday, January 16, 2008

Aweks Kebaya

Haha.. Aku ni suka sangat tengok aweks pakai baju kebaya.. Nampak la ciri-ciri melayu.. Tapi aku prefer kebaya labuh.. Sopan sikit banding kebaya moden atau nyonya.. Ni ada sikit cerita pasal baju kebaya.. (www.malaysiana.pnm.my)

Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang berbelah di hadapan. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka, maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka; bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya.

Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. Tangannya panjang dan lebar. Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Bahagian hadapannya pula berbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Bahagian yang berbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak.
Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Di Pahang pula, baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain; malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.
Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin. Bagi pakaian harian, baju kebaya sesuai diperbuat daripada kain kapas dan baldu atau sutera (bagi yang berada) dan dipadankan dengan kain sarung. Selendang hanya dikenakan apabila keluar rumah. Bagi pengantin pula, baju kebayanya diperbuat daripada songket dan sepasang dengan kain sarungnya. Selendangnya juga diperbuat daripada songket.

Tuesday, January 15, 2008

MOA @ Penang

Trip pertama aku tahun ni.. Penang.. 2008 dimulakan dengan taklimat penggubalan soalan PTK MOA. Lama jugak aku tak datang penang ni.. Kalau tak silap dulu datang tahun 2006 ada kursus kat Tanjung Bungah..Malam tadi aku sampai pukul sembilan lebih.. Sampai Bayan Lepas, pemandu MOA jemput aku dan BOSS.. Lepas tawab beberapa kali jalan yang sama akhirnya sampai jugak kat hotel ni.. Dalam perjalanan tu aku perhatikan penang waktu malam.. Dah macam KL jugak penang la ni..
Sampai hotel ni aku dijemput oleh bellboy hotel.. Biasa aku angkat bag sendiri.. Tapi semalam aku tak larat.. Sorry bro.. Tapi hotel ni ok la.. Selesa buat aku yang pangkat kecik ni.. Hotel Bayview..
Aku dok sini sampai rabu.. Tengok la petang nanti kalau sempat pegi Chowrasta kot beli apa yang patut.. Nanti heboh pulak aku tak belikan apa-apa untuk kawan-kawan aku kat opis tu.. Dulu selalu la aku beli untuk *ia**a tapi sekarang ni kalau aku beli pun nak kasi kat sape?
Apa yang best nak beli ye? Tapi kalau penang ni yang best jeruk ngan buah pala kot.. Haha.. Petang ni jugak aku beli...

Sunday, January 13, 2008

Lautan Luas Lagikan Ku Redah, Inikan Pula Lopak Sejengkal..


Now that it's all said and done
I can't believe you were the one
To build me up and tear me down
Like an old abandoned house

What you said when you left
Just left me cold and out of breath
Fell to far, was in way to deep
I guess I let you get the best of me

Well I never saw it coming
I should of started running
A long long time ago
And I never thought I'd doubt you
I'm better off without you
More than you, More than you know
I'm slowly getting closure
I guess it's really over
I'm finally getting better
Now I'm picking up the pieces
and spending all of these years
Putting my heart back together
The day I thought I'd never get through
I got over you!

You took a hammer to these walls
dragged the memories down the hall
Packed your bags and walked away
There was nothing I could say
When you slammed the front door shut
A lot of others opened up
So did my eyes so I could see
That you never were the best for me

Well I never saw it coming
I should of started running
A long long time ago
And I never thought I'd doubt you
I'm better off without you
More than you More than you know
I'm slowly getting closure
I guess it's really over
I'm finally getting better
Now I'm picking up the pieces
And spending all of these these years
Putting my heart back together
It's a day I thought I'd never get through
I got over you

Well I never saw it coming
I should of started running
A long long time ago
And I never thought I'd doubt you
I'm better off without you
More than you, More than you know

Well I never saw it coming
I should of started running
A long long time ago
And i never thought I'd doubt you
I'm better off without you
More than you, More than you know
I'm slowly getting closure
I guess it's really over
I'm finally getting better
Now I'm picking up the pieces
and spending all of these years
Putting My heart back together
Oh Ooooooh!
Now I'm putting my heart back together!
Oh Ooooooooh!
Cause I got over you!I got over you!
I got over you!
It's a day I thought I'd never get throughI got over you