Thursday, January 17, 2008

Kalau Roboh Kota Melaka.. Papan Di Jawa Hamba Dirikan

Pantun orang dolu-dolu.. Kalau Roboh Kota Melaka.. Papan Di Jawa Hamba Dirikan.. Kalau Sungguh Bagai Dikata.. Nyawa Dan Badan Hamba Serahkan.. Kira Melaka ni memang glamor la.. Sampai boleh masuk dalam pantun.. Pantun jiwang pulak tu..
Malam ni aku akan berangkat ke Melaka.. Sorang-sorang pulak tu.. Boss aku ada keje esok kat Mindef.. Mati kutu jugak aku ni sebab kutu-kutu yang ada kat opis ni tak nak teman aku.. Melaka tak nak pegi tapi Langkawi nak saje..
Malam ni ikut plan aku tidor kat Hotel Orkid.. Aku pun tak penah sampai lagi hotel ni.. Orang dah kasi bilik tu tidor je la kan.. Jangan banyak cerita.. Actually semua hotel dalam Malaysia ni ok.. Kalau tak ok dia tak panggil Hotel.. Dia panggil rumah tumpangan..
Emm.. Nak gi makan jap dgn kutu-kutu kesayangan aku tu.. pas tu gerak gi Melaka..

1 comment:

Anas Alam Faizli said...

Rasanya pantun in lebih berkisarkan mengenai keakraban hubungan orang Indonesia Jawa Batavia dengan Kesultanan Melaka. Jika ada apa-apa yang berlaku kepada Melaka, orang Jawa di Indonesia akan membantu tanpa mengira apa sahaja. Jika bukan kerana kesan kolonial British dan Belanda dulu pastilah Indonesia dan Malaysia ini satu negara yang sama. Tambahan pula ketika merdeka dahulu pun bahasa Melayu masih sangat mirip. Cuba lihat suratkhabar mereka serta ucapan kemerdekaan Sukarno 1945. Sebiji!