Sunday, August 03, 2008

Rindu....

Dah dekat sebulan aku kat China ni.. Walaupun tak banyak beza antara Malaysia ngan China ni dari segi masa dan persekitaran tapi rasa rindu la pulak kat Malaysia.. Orang kata hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri.. Tapi bagi aku batu lebih berharga dari emas bila emas tak boleh nak diguna.. Rindu kat Malaysia bukan pada tempat nya sahaja tapi pada orang-orang nya dan makanan-makanan nya.. Rindu kat family, bebudak opis aku, teh tarik, roti telur, cendol, apam balik dan banyak lagi.. Yang paling aku rindu buah hati yang ditinggalkan jauh.. Tak plan pun nak tinggalkan.. Tapi nak buat camne kan.. Cian kat dia kena tinggal.. Bukan saje-saje nak tinggal tapi terpaksa ditinggalkan.. Tak lama lagi i balik jumpa u ye.. Hardly can't wait to see u..

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Wan dapat peluang sampai ke China, bukan semua org dapt peluang mcm tu....tahniah once againt